Saturday, 28 July 2018

Pengenalan

Jika kita ingin melakukan sesuatu kita mestilah mempunyai perancangan supaya mendapat hasil yang terbaik. Sama juga seperti kita sebagai guru mestilah mempunyai rancangan supaya hasil pembelajaran dapat dicapai. Terdapat beberapa jenis rancangan pengajaran iaitu Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dapat didefinisikan sebagai suatu rancangan secara ringkas yang mempunyai tajuk pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan nilai berdasarkan sukatan pelajaran.

Selain itu, Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) pula dapat dimaksudkan sebagai satu rancangan yang terperinci yang mempunyai tajuk pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai beberapa subtopik yang telah dipecahkan mengikut mingguan, kemahiran yang digunakan, contoh aktiviti pengajaran yang digunakan dan bahan bantu mengajar yang digunakan.

Akhir sekali, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bermaksud penulisan tentang kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi satu matapelajaran pada sesuatu hari tertentu mengikut format-format yang telah ditetapkan. 

No comments:

Post a Comment

Penghargaan

Bismillahirahmanirrahim, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup dan diberi kesihatan yang b...