Saturday, 28 July 2018

Rancangan Pengajaran Harian Adab Masuk Dan Keluar Tandas (Adab Masuk Tandas, Adab Semasa Di Dalam Tandas, Adab Keluar Tandas)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

NAMA GURU : Muhammad Farid Bin Bakar

MATA : Akhlak
PELAJARAN

KELAS : 2 Al-Addin

TARIKH : 26.7.2018

MASA : 3.00 petang - 3.30 petang

BILANGAN : 20 orang

TAJUK : Adab Masuk Dan Keluar Tandas (Adab Masuk Tandas,
                Adab Semasa Di Dalam Tandas, Adab Keluar Tandas)

KEMAHIRAN : Mendengar, membaca, berkomunikasi

KAEDAH : Syarahan, soal jawab

PENGETAHUAN SEDIA ADA :
- Murid pernah menyaksikan video berkaitan dengan adab masuk tandas
- Murid belajar tentang adab masuk tandas pada minggu lepas
- Murid mengetahui tentang adab masuk tandas

HASIL PEMBELAJARAN :
- Murid dapat membaca adab-adab masuk tandas
- Murid dapat menyatakan adab-adab semasa di dalam tandas
- Murid dapat menyebut adab-adab keluar tandas

KEMAHIRAN : Soal jawab,merumus
BERFIKIR

PENERAPAN : Berdisiplin, taat, khusyuk
NILAI













MASA/
LANGKAH
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Bacaan doa
Guru dan murid membaca doa bersama-sama

Set induksi
(5 minit)
1. Apakah gambar yang ditayangkan
2. Gambar : pergi tandas
1) Guru menayangkan gambar kepada murid
2) Guru bertanyakan tentang gambar kepada murid
3) Guru memberitahu tentang topik yang diajar kepada murid
BBM :
Pemancar LCD, laptop

Kaedah :
Soal jawab

Nilai :
Taat
Langkah 1
(5 minit)
Adab masuk tandas :
1. Membaca doa
اللهم إني أعوذبك من الخبث والخبا ئث
2. Memakai selipar
3. Masuk dengan langkah kiri dahulu
4. Menutup kepala
1) Guru menjelaskan adab masuk tandas kepada murid
2) Murid mengulang semula adab masuk tandas beramai-ramai
3) Guru meminta murid lelaki mengulang semula
4) Guru meminta murid perempuan mengulang semula
BBM :
Kad manila berserta pernyataan

Kaedah : Syarahan

Nilai : Berusaha

Langkah 2
(5 minit)
Adab semasa di dalam tandas
1. Tidak menghadap kiblat
2. Berdehem
3. Gunakan tangan kiri untuk bersuci
4. Duduk bertinggung dengan memberatkan anggota badan ke bahagian kiri dan diangkat atau diringankan bahagian kanan
5. Jangan makan dan minum
6. Jangan bercakap
7. Jangan terlalu lama di dalam tandas
8. Jangan buang air sambil berdiri
9. Tidak menjawab salam
1) Guru menjelaskan adab semasa di dalam tandas kepada murid
2) Murid mengulang semula adab semasa di dalam tandas beramai-ramai
3) Guru meminta murid lelaki mengulang semula
4) Guru meminta murid perempuan mengulang semula
BBM :
Kad manila berserta pernyataan

Kaedah : Syarahan

Nilai : Gigih

Langkah 3
(5 minit)
Adab keluar tandas :
1. Cuci tangan dan kaki
2. Melangkah keluar dengan kaki kanan
3. Membaca doa keluar tandas :
غفرانك، الحمد لله الذي أذهب عني الأذى وعافاني
1) Guru menjelaskan tentang adab keluar tandas kepada murid
2) Murid mengulang semula secara beramai-ramai
3) Guru meminta murid lelaki mengulang semula
4) Guru meminta murid perempuan mengulang semula
BBM :
Kad manila berserta pernyataan

Kaedah : Syarahan, pengulangan

Nilai : Bersemangat
Langkah 4
(6 minit)
Isi tempat kosong :
1. Membaca doa
2. Memakai selipar
3. Tidak menghadap kiblat
4. Jangan terlalu lama dalam tandas
5. Cuci tangan dan kaki
6. Melangkah keluar dengan kaki kanan
1) Guru menyediakan kad manila berserta soalan yang mempunyai tempat kosong
2) Murid yang dipilih secara sukarela akan mengisikan tempat kosong dalam setiap soalan yang murid itu pilih
BBM :
Kad manila berserta soalan

Kaedah :
Belajar sambil bermain

Nilai :
Mencabar minda
Penutup
(2 minit)
Guru merumuskan tentang adab masuk tandas, adab semasa di dalam tandas dan adab keluar tandas
Guru merumuskan dengan cara menyoal kepada murid
Kaedah :
Merumus, soal jawab

Nilai :
Mencabar

Catatan Ringkas :
Saya rasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokkan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi walaupun ada segelintir murid yang tidak memberi perhatian jadi mereka kurang memahami tentang adab sebelum tidur, dan adab semasa tidur. Tetapi dari keseluruhan, saya berpuas hati dan akan menambahbaik dari semasa ke semasa

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :

Disediakan Oleh :

No comments:

Post a Comment

Penghargaan

Bismillahirahmanirrahim, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup dan diberi kesihatan yang b...