RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
NAMA GURU : Muhammad Farid Bin Bakar
MATA : Akhlak
PELAJARAN
KELAS : 2 Al-Addin
TARIKH : 26.7.2018
MASA : 3.00 petang - 3.30 petang
BILANGAN : 20 orang
TAJUK : Adab Berpakaian (Adab Berpakaian, Pakaian Yang Bertentangan Dengan Syarak)
KEMAHIRAN : Mendengar, menulis, membaca
KAEDAH : Syarahan, soal jawab
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
- Murid pernah menyaksikan video berkaitan dengan adab berpakaian
- Murid belajar tentang adab berpakaian pada minggu lepas
- Murid mengetahui tentang pakaian yang bertentangan dengan syarak
HASIL PEMBELAJARAN :
- Murid dapat membaca doa memakai pakaian
- Murid dapat menyatakan doa menanggalkan pakaian
- Murid dapat menyebut ciri-ciri pakaian yang bertentangan dengan syarak
KEMAHIRAN : Soal jawab,merumus
BERFIKIR
PENERAPAN : Patuh, taat, insaf
NILAI
MASA/
LANGKAH
|
ISI
PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Bacaan doa
|
Guru dan murid membaca doa bersama-sama
| |
Set induksi
(5 minit)
|
1. Apakah video yang ditayangkan
2. Video : Pakaian
|
1) Guru menayangkan video kepada murid
2) Guru bertanyakan tentang video kepada murid
3) Guru memberitahu tentang topik yang diajar kepada murid
|
BBM :
Pemancar LCD, laptop
Kaedah :
Soal jawab
Nilai :
Taat
|
Langkah 1
(5 minit)
|
Adab berpakaian
1) Membaca basmalah dan doa
2) Mulakan dari sebelah kanan
3) Memakai pakaian yang bersih
4) Tanggalkan pakaian dari sebelah kiri
5) Memakai pakaian yang menutup aurat
|
1. Guru menjelaskan tentang adab berpakaian kepada murid-murid
2. Guru membuat tunjukcara berdasarkan setiap adab berpakaian
3. Murid-murid mengulang semula tentang adab berpakaian secara beramai-ramai dan mengikuti tunjukcara guru tersebut
|
BBM :
Pemancar LCD, laptop
Kaedah : Tunjukcara, syarahan
Nilai : Patuh
|
Langkah 2
(5 minit)
|
Doa memakai pakaian :
الحمد لله الذي كساني ماأواري به عورتي وأتجمل به في حياتي
Doa menanggalkan pakaian :
بسم الله الذي لا اله الا هو
|
1) Guru membaca doa memakai pakaian dan doa menanggalkan pakaian
2) Murid-murid mengikuti bacaan guru secara beramai-ramai
|
BBM :
Pemancar LCD, laptop
Kaedah : Syarahan
Nilai : Insaf
|
Langkah 3
(5 minit)
|
Pakaian yang bertentangan dengan syarak :
1. Pakaian yang mencolok mata dan mendedahkan aurat
2. Pakaian yang nipis dan jarang
3. Pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan
4. Terlalu ketat
5. Baju yang pendek yang singkat
|
1) Guru menjelaskan tentang pakaian yang bertentangan dengan syarak kepada murid
2) Guru menunjukkan contoh gambar yang berkaitan dengan pakaian yang bertentangan dengan syarak
3) Murid hanya mendengar penjelasan guru dengan tekun
|
BBM :
Pemancar LCD, komputer riba, kad manila berserta gambar
Kaedah : Syarahan
Nilai : Tekun
|
Langkah 4
(6 minit)
|
Kebaikan menutup aurat :
1. Sopan dan cantik
2. Mendapat pahala dan rahmat Allah
3. Terpelihara maruah diri
Keburukan mendedahkan aurat :
1) Mendapat dosa
2) Dimurkai oleh Allah
3) Maruah diri dan keluarga tercemar
|
1. Guru membuat satu permainan
2. Di hadapan, terdapat satu jadual yang bertajuk kebaikan menutup aurat dan keburukan mendedahkan aurat
3. Murid yang dipilih secara sukarela akan diminta untuk menampal jawapan yang disediakan di atas meja guru
|
BBM : kad manila bertulis jadual dan kad manila bertulis jawapan
Kaedah : Belajar sambil bermain
Nilai : Mencabar diri
|
Penutup
(2 minit)
|
Guru merumuskan tentang adab berpakaian dan pakaian yang bertentangan dengan syarak
|
Guru merumuskan topik yang diajar dengan bertanya kepada murid
|
Kaedah : merumus, soal jawab
Nilai : mencabar diri
|
Catatan Ringkas :
Saya rasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokkan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi walaupun ada segelintir murid yang tidak memberi perhatian jadi mereka kurang memahami tentang adab sebelum tidur, dan adab semasa tidur. Tetapi dari keseluruhan, saya berpuas hati dan akan menambahbaik dari semasa ke semasa
Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :
Disediakan Oleh :
Sports Betting in South Korea | 1xbet korean, live tv
ReplyDeleteThe 1xbet bet is offered by legalbet, 바카라 and we do this right 바카라 as long as there is no gambling involved. For a live betting website that accepts bets via SMS,