RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
NAMA GURU : Muhammad Farid Bin Bakar
MATA : Akhlak
PELAJARAN
KELAS : 2 Al-Addin
TARIKH : 26.7.2018
MASA : 3.00 petang - 3.30 petang
BILANGAN : 20 orang
TAJUK : Adab Berpakaian (Ciri-ciri Berpakaian Menutup Aurat)
KEMAHIRAN : Mendengar, membaca, berkomunikasi
KAEDAH : Syarahan, soal jawab
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
- Murid pernah menyaksikan video berkaitan dengan adab berpakaian
- Murid belajar tentang adab berpakaian pada minggu lepas
- Murid mengetahui tentang adab berpakaian
HASIL PEMBELAJARAN :
- Murid dapat membaca ciri-ciri pakaian yang menutup aurat
- Murid dapat membezakan sama ada pakaian itu menutup aurat atau tidak
KEMAHIRAN : Soal jawab,merumus
BERFIKIR
PENERAPAN : Berdisiplin, taat, khusyuk
NILAI
MASA/
LANGKAH
|
ISI
PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Bacaan doa
|
Guru dan murid membaca doa bersama-sama
| |
Set induksi
(5 minit)
|
1. Apakah video yang ditayangkan
2. Video : Berpakaian
|
1) Guru menayangkan video kepada murid
2) Guru bertanyakan tentang video kepada murid
3) Guru memberitahu tentang topik yang diajar kepada murid
|
BBM :
Pemancar LCD, laptop
Kaedah :
Soal jawab
Nilai :
Taat
|
Langkah 1
(5 minit)
|
Ciri-ciri Berpakaian Menutup Aurat :
1. Pakaian yang selesa dan longgar, tidak menampakkan warna kulit dan bentuk badan
2. Pakaian yang bersih dan kemas
3. Sederhana dan bukan bertujuan untuk bermegah
4. Pakaian perempuan yang tidak menyerupai lelaki dan pakaian lelaki yang tidak menyerupai perempuan
|
1) Guru menjelaskan tentang ciri-ciri berpakaian menutup aurat kepada murid
2) Murid-murid mengulang semula tentang ciri-ciri tersebut beramai-ramai
3) Murid-murid mengulang semula tentang ciri-ciri tersebut secara berkumpulan
|
BBM :
Pemancar LCD, komputer riba
Kaedah : Syarahan
Nilai : Patuh, berdisiplin
|
Langkah 2
(5 minit)
|
Definisi aurat :
-Anggota tubuh badan yang wajib ditutup
Aurat lelaki :
-Dari pusat hingga ke lutut
Aurat perempuan :
-Seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan
|
1. Guru menjelaskan definisi aurat, aurat lelaki dan aurat perempuan
2. Murid-murid mengulang semula secara beramai-ramai
|
BBM :Pemancar LCD, komputer riba
Kaedah : Syarahan
Nilai : Taat
|
Langkah 3
(10 minit)
|
Permainan menkategorikan gambar pakaian yang menutup aurat dan tidak menutup aurat
Pakaian menutup aurat :
-Gambar lelaki memakai baju tshirt dan seluar panjang
-Gambar perempuan memakai tudung, berbaju lengan panjang, berseluar panjang
Pakaian yang tidak menutup aurat :
-Gambar lelaki memakai baju tshirt dan berseluar pendek
-Gambar perempuan berbaju kurung tetapi tidak bertudung
|
1) Guru menyediakan 4 gambar untuk dipadankan dengan jadual di depan
2) Jadual tersebut terbahagi kepada 2 kotak iaitu pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang tidak menutup aurat
3) 4 murid secara sukarela diminta untuk mengambil gambar berkenaan dan memadankan mengikut kotak yang betul
|
BBM : Kad manila berserta gambar
Kaedah :
Belajar sambil bermain
Nilai : Berusaha
|
Penutup
(3 minit)
|
Guru merumuskan tentang ciri-ciri pakaian menutup aurat
|
Guru merumuskan tentang ciri-ciri pakaian menutup aurat dengan menyoal murid
|
Kaedah : Merumus, soal jawab
Nilai : Mencabar diri
|
Catatan Ringkas :
Saya rasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokkan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi walaupun ada segelintir murid yang tidak memberi perhatian jadi mereka kurang memahami tentang adab sebelum tidur, dan adab semasa tidur. Tetapi dari keseluruhan, saya berpuas hati dan akan menambahbaik dari semasa ke semasa
Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :
Disediakan Oleh :
No comments:
Post a Comment